Teringat masa dulu-dulu

Monday, June 22, 2009 at 8:02 PM
Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Teringat masa mula-mula dapat kamera dulu. Excited sangat. Amek gambar sana, amek gambar sini. Habis satu kampung kena tembak... hehe... Masa baru sebulan pegang kamera, tak pasal-pasal kena jadi 'jurugambar terjun'. Kena paksa dengan makcik-makcik kat kampung jadi tukang amek gambar kenduri kawin sepupu... hehe... sepupu den ni pun satu, awatlah tak upah fotografer je... Jadinya, berbekalkan ilmu yang hanya panjang sejengkal, hantam karomo sajalah... haha....

erm, apapun ni ada beberapa keping gambar hasil daripada saorang amatur.... enjoy!






Post khas buat sifoo ku..

Sunday, June 14, 2009 at 12:55 AM
Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Post ini adalah khas untuk sifoo Mie aka cikgu Mie. Beliaulah yang telah mengepass tugasan fotografi perkahwinan pertama seperti yang dinyatakan dalam post yang lepas. Program asal cuma nak tag along bersama beliau bagi menajamkan lagi kemahiran dan menambah pengalaman. Tapi, atas kepopularan beliau, menyebabkan beliau terclash plak 2 event dlm satu masa. So, di passnyalah tugasan di Taiping tu kepadaku.... huhu...

Walaupun tak biasa, atas dorongan dan bantuan beliau ku gagahkan juga melaksanakan tugasan yang telah diamanahkan. kehadiran beliau semasa sesi outdoor telah menyerikan dan banyak ilmu yang telah di curahkan oleh beliau kepada kami (erm... ada sorang lagi ikut masa outdoor... incik Lah...).

So, ribuan terima kasih kepada beliau dan semoga beliau menjadi fotografer yang terkenal di masa akan datang. Tak lupa juga semoga beliau menjadi bapa dan suami yang baik kepada isteri dan anak beliau yang bakal lahir tak lama lagi... hehehe...

p.s. jaga bini n anak dlm perut tu bebaik... hee..
ada shoot lagi jgn lupa gtau.. leh follow... hehe...

Tugasan Fotografi Perkahwinan Solo Pertamaku

Friday, June 12, 2009 at 8:38 AM
Assalamualaikum dan salam perpaduan,

Ini merupakan hasil tugasan pertama fotografi perkahwinan yang dilakukan secara solo. Terima kasih kepada pasangan pengantin yang cukup sporting memberikan kerjasama yang cukup baik sepanjang majlis dan semasa sesi outdoor.

FAI Creation mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan pengantin. Semoga berkekalan dan bahagia bersama sehingga akhir hayat.





Powered by Blogger | Entries (RSS) | Comments (RSS) | Designed by MB Web Design | XML Coded By Cahayabiru.com | Distributed by Blogger Blog Templates |